“Se nok wat korban ko tahun ni?” Tanya mak saya melalui telefon.
“Ada giye lagi ko?” Tanya saya balas.
“Ado, nok?” Jawab mak
“Nok!” Balas saya. Perbualan telefon saya dengan mak 2 minggu lepas.
Malam tadi menerima panggilan dari ayah.
“Mok Soh nak gi mekoh tahun ni, ayoh duk rumah dio loni, dio buat make2 sikit” Beritahu ayah.
“Kirim sale ko mok soh..Kirim duit jugo ko dio, ayoh guna duit ayah dulu, nanti Se bayar balik” Balas saya.
“ok”.
Masa belajar di sekolah menengah dulu, bab haji dan munakahat yang saya paling susah faham dan hafal. Mungkin kena buat praktikal baru boleh faham dan ingat.
InshaAllah saya melakukan ibadah korban tahun ini dengan mengambil iktibar dari kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Allah Ismail kerana patuh dan taat pada perintah Allah.Kesabaran dan ketaatan mereka kepada Allah, maka diganti Nabi Ismail dengan seekor binatang.
Semoga ibadah korban yang dilakukan dapat melatih diri orang muslim supaya sentiasa bersedia mengorbankan rezeki dan nikmat pemberian Allah kepada orang lain. InshaAllah.
November 16, 2009 at 8:12 am |
Hm…..btui tu azrul. saya setuju….saya pon thn ni masuk nama buat korban. insyaallah, niat d’hati setiap tahun nak masuk nama….sampai la cukup tujuh bahagian. Duit banyak mana pon ader kat tangan tak pernah cukup…..dari membuang duit membeli yg bukan2, baik korban duit untuk disedekahkan pada org lain. Semoga Allah akan memanjangkan lagi rezeki kita…amin.
November 16, 2009 at 11:55 pm |
aku tak korban… nanti wi la daging ko aku skit..huhu