Urus Wang

Mengurus kewangan bermula tahun baru?

Orang kata, bila-bila pun boleh bermula. Janji kena berdisiplin. Betul ke?

Saya tak kisah, cuma bagi saya tahun baru boleh dijadikan titik tolak semua perkara; terutamanya pengurusan kewangan untuk tempoh setahun.

Ramai kawan-kawan saya yang baru sahaja graduat dan mendapat kerja bertanya:

Kawan: Mu paka keto gapo?

Saya: Persona SE

Kawan: Berapo bulan2?

Saya: RM6**.**

Itu perkara pertama apabila mula bekerja. Beli kereta baru. Saya cuba memberi pandangan dalam hal beli kereta.

Nak beli kereta, jangan fikir bayaran bulanan semata-mata, tapi perlu fikir downpayment, servis rutin dan juga bayaran insuran dan cukai jalan. Kalaulah bayaran bulanan kereta RM700, kita harus jangka bahawa wang bulanan yang perlu kita sediakan adalah RM 900 – RM1000. Saya beri contoh, dalam tempoh setahun anda perlu servis minor biasanya 5 kali (RM200 x 5 = 1000) dan servis major 1 kali (RM 450). Cukup setahun anda perlu memperbaharui insuran dan cukai jalan (RM1500). Kereta takkan bergerak jika tidak diisi minyak!. Ini tidak ambil kira aksesori kereta lagi. Jadi fikir-fikir lah. Yang penting beli kereta ikut keperluan, bukan kemahuan.

Bila anda bekerja, anda perlukan rumah sewa. Lalu perlu membayar bil-bil tertentu; asasnya bil air dan elektrik. Gaya hidup semasa memerlukan anda menggunakan astro dan broadband.

Makan dan pakai anda juga perlu diambil kira. Jadi keperluan kehidupan seharian memerlukan perbelanjaan yang maha tinggi. Oleh itu pengurusan kewangan adalah perlu bagi saya!

Rancang kewangan. Saya perlu menyenaraikan tarikh-tarikh penting yang perlu kita mengeluarkan duit dalam kuantiti yang banyak. Contohnya; tarikh memperbaharui insuran kereta, tarikh bermula ramadhan, tarikh hari raya aidilfitri dan aidiladha, tarikh melancong dan lain-lain lagi.

Anda individu muslim? Anda perlu menyediakan bajet untuk menginfak bagi program-program Islam!

Jika anda mendaftar untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, gilirin anda ke tanah suci adalah 20 tahun lagi! Ini juga memerlukan perancangan yang rapi.

Rumah! Anda perlu memikirkan bagaimana untuk memiliki rumah dan aset-aset lain. Jika orang dulu-dulu, mereka boleh mewasiatkan harta (tanah) kepada anak-anak mereka. Bagaimana dengan kita? Tiada tanah untuk anak-anak!

Perkongsian ini sempena tahun baru agar kita sama-sama merancang kewangan kita. Namun yang penting adalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika anda tidak bersyukur, gaji permulaan anda RM3000 pun tidak mencukupi.

Entri ini adalah sesuai untuk yang masih bujang. Kerana saya tidak menceritakan bajet untuk anak-anak. Namun bagi orang bujang, bajet kahwin perlu ada!

Nak bergaya? Ada duit ker?

9 Respons to “Urus Wang”

  1. 'uyun Says:

    slm.. betullah tu.. tapi kalau mule2 bile kete second hand pun takpe gak.. esok2 beli keta baru dengan cash lagi!.. whateverpn, setiap orang ada cara nak bajet duit masing2. yang penting perlu bijak dan genius bagi duit tu beranak daripada dibiarkan dalam bank semata2.. WA

  2. 'uyun Says:

    *bile is beli (typo error..)

  3. due Says:

    setuju.sbb lonih bl dah msk 5 bln keje,sgl prncgn ‘koya’ nak smpn duit mcm xnmpk kalau wat keluar duit xkabar ingt,huhu..kena rncg molek semula ni,huhu…tuh kereta tok beli lagi tuh,hohohoo

  4. Azrul Hisyam Says:

    aku cadang, buat potongan gaji masuk dalam tabung haji, atleast rm300, inshaallah ada tabungan berterusan. so lg, amik takaful hk sistem penabungan

  5. akok kedut Says:

    salam…

    pengurusan kewangan..
    menarik..

    ader rahsia ni…
    etiap sen yg dibelanjekan..catatkan dlm diary harian…
    so…sekurang2nyer anda tahu ke mana hilangnyer duit tu…

    akhir bulan buat summary….
    belanje beraper bulan ni…byr bil beraper..sewa beraper…bayaran yg bukan bulanan beraper.eg. road tax, income tax, dll…

    so..utk next month, kurangkan maner yg xpatut..tambahkan maner yg perlu…jgn dilupa sumbangan bulanan utk org yg sepatutnyer…mak, ayah dan sedekah jariah…

    duit yg byk tidak menjamin hidup yg bahagia..tp harta yg diberkati akan sentiasa membantu kita…=)

    ada bran azrul??
    first step..catat pengaliran wang utk bulan pertama ni….

    p/s-smart model dlm entry ni….

  6. Azrul Hisyam Says:

    bgs info dari hasan..bila nak beli baju mcm torres tu?? hehe

  7. fairuspeng Says:

    wah.. hebat bos kito ni….
    jauh mikir ni..
    aku tak sapa tahap ni lagi ni

  8. gembes Says:

    Bagus2….

    Gagal merancang = merancang untuk gagal…

    (kene batang hidung sendiri, huhu)

  9. xyz Says:

    erm. inflasi di malaysia cukup menekan. ditambah dengan bermacam jenis kos dan gaji yang tidak munasabah. kena sesuaikan dengan cara hidup dan pendapatan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: