Selamat Menduduki SPM

November 18, 2009

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2010 buat adik perempuan saya, Rasyidah.

 

Buat molek deh kak chik

Semoga berjaya!

Haji dan Korban

November 13, 2009

“Se nok wat korban ko tahun ni?” Tanya mak saya melalui telefon.

“Ada giye lagi ko?” Tanya saya balas.

“Ado, nok?” Jawab mak

“Nok!” Balas saya. Perbualan telefon saya dengan mak 2 minggu lepas.

Malam tadi menerima panggilan dari ayah.

“Mok Soh nak gi mekoh tahun ni, ayoh duk rumah dio loni, dio buat make2 sikit” Beritahu ayah.

“Kirim sale ko mok soh..Kirim duit jugo ko dio, ayoh guna duit ayah dulu, nanti Se bayar balik” Balas saya.

“ok”.

Masa belajar di sekolah menengah dulu, bab haji dan munakahat yang saya paling susah faham dan hafal. Mungkin kena buat praktikal baru boleh faham dan ingat.

InshaAllah saya melakukan ibadah korban tahun ini dengan mengambil iktibar dari kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Allah Ismail kerana patuh dan taat pada perintah Allah.Kesabaran dan ketaatan mereka kepada Allah, maka diganti Nabi Ismail dengan seekor binatang.   

Semoga ibadah korban yang dilakukan dapat melatih diri orang muslim supaya sentiasa bersedia mengorbankan rezeki dan nikmat pemberian Allah kepada orang lain. InshaAllah.

photo of the day 3

November 2, 2009

9932_101632599853320_100000197412808_43215_7356401_n

Moga Selamat

Oktober 14, 2009

“Duk mano loni?” Tanya saya

“Airport Pengkalan Chepa, pukul 4.30 flight ke KLIA, pahtu flight ke Mesir pukul 11.00 malam” Jawab adik perempuan saya. Perbualan ringkas saya terhenti apabila pintu bilik di ketuk.

InshaAllah beliau kembali ke Alex Universiti untuk tahun ke 3.

Selamat kembali ke kampus

 

 

~~Sedang berkemas untuk ke KL untuk meeting pagi esok, tapi tak sempat nk hantar adik di KLIA kerana saya ke KL dengan pemandu. Penat. Titik.

Merajuk

Oktober 9, 2009

Kami saling mengenali sejak 2005, sudah 4 tahun saya bersama. Agak lama juga lah perkenalan kami, dan memang saya sangat menyukainya.

Bukanlah cantik sangat pun, tapi saya sangat selesa bersamanya.

Tapi sejak minggu lepas, asyik merajuk je. amat menyusahkan saya.

“Cari yang lain je lah” seru rakan sekerja

“Saya masih sayang!” balas saya

“Kalau asyik menyusahkan, carilah lain, bukannya tak mampu pun”

Saya berfikir banyak kali.

Alahai telefonku. Rosak lagi

~photo of the day 2~

Oktober 6, 2009

stop

 

Jadual OutsTension Oktober

 

06/10 – Alor Setaq (dekat je)

08/10 – IKBN Bukit Mertajam (Jauh sikit dari A.Staq)

15/10 – KL (Meeting ape ntah, td bos baru bagitau) (Semakin jauh)

20-23/10 – Empress Hotel Sepang (Semakin-semakin jauh)

 

Stop la, aku dah penat travel!

~photo of the day~

Oktober 5, 2009

Forest

Komunikasi

Oktober 1, 2009

“Betul ke staf kontrak akan diberhentikan?” Tanya seorang staf saya

“Kenapa tak bagitau awal2?”

“Kenapa itu….kenapa ini…?” tak henti-henti bertanya.

 

Ini yang berlaku hari ini. Nada semacam tidak puas hati.

Saya menarik hela yang panjang. Mula berbincang. Dan dia menerima.

Saya percaya, semua orang berhadapan dengan pelbagai masalah. Namun jika saya melenting dengan diajukan pelbagai soalan yang sebenarnya tak masuk akal, sudah pasti akan lebih rumit.

Yang penting komunikasi berkesan. Itu ditempat kerja.

 

Saya banyak kali dengar tentang kes-kes perceraian dalam rumah tangga akibat dari komunikasi yang tidak baik. Isteri mahu dihargai. Sama juga dengan suami. Tapi sebaliknya berlaku.

Mungkin sudah bosan dengan pasangan masing-masing dek terlalu lama bercinta sebelum kahwin sehinggakan tiada apa yang hendak dibualkan.

“Yang, rumah kita dah 2 bulan tak bayar ni” mula si suami untuk berbincang.

“Kejap ye bang, saya ada hal sikit nk buat kat dapur” balas si isteri

Suami membisu.

 

“Bang, semalam ayah ada call dia tanya bila kita nak balik kampung” Tanya isteri

“Kejap ye sayang, abang sibuk ni, ada kerja yang perlu diselesaikan” jawab suami dengan nada yang baik.

Namun, jika setiap kali si isteri ingin memulakan perbincangan tetapi si suami masih beralasan, sibuk la, ada hal itu la, ada hal ini la, maka berlakulah komunikasi yang pasif. Si isteri akan pendam perasaan.

“Tak payah cakap la ngan laki aku nie” benak isteri dalam hati. Keadaan yang berterusan akan membuat rumah tangga berantakan.

 

Memang terlalu banyak kes macam ini yang saya dengar. Pasangan yang bertunang pun tidak berkecuali. Bila rasa diri tidak dihargai, maka mula la untuk menjauhkan diri.

 

Saya menarik nafas panjang

HUH

September 29, 2009

TAK UPDATE

MALAS

LANTAKLAA

TITIK

Duit Raya 3

September 15, 2009

 

Semalam pagi-pagi lagi saya punch kad, bergegas ke pejabat mengisi borang keluar untuk urusan peribadi. Nak servis kereta. Selesai mengisi borang, singgah sekejap di cimb untuk keluar duit.

Proton edar Mergong. Tujuan untuk buat major servis. Terasa cepat sangat dah kena buat major servis. Mana taknya duk asyik travel pegi sana sini.

Nasib memang baik, awal pagi saya sampai hanya beberapa orang sahaja pelanggan yang ada. Menekan nombor giliran dan tunggu.

Sekejap sahaja giliran saya untuk ke kaunter pendaftaran servis.

” Berapa milage kereta abang?” Tanya pekerja

” 21000 plus plus” Balas saya

” Kena buat major servis ni” kata perkerja itu lagi

“Berapa harga?” Tanya saya

“Jap ye, 4**.50” Jawab pekerja tu.

 

Jiwa sudah kacau, nasib baik keluar duit banyak sikit tadi. Saya menunggu di ruang rehat. Tiba-tiba ada call masuk dari pengarah.

“U pi KL esok, kat kompleks kerja raya, ada meeting ngan JKR pasal projek naik taraf tu”

“Hmmm..baiklah”

“U pi ngan flight la, duit claim dah abis”

Kena ke KL lg, saya kalau boleh cuba elak dari keluar pejabat. Tak da modal nak travel. Semua pakai duit, lebih-lebih lagi dah nak dekat raya lani. Dah la sekarang ni mood balik kampung! Aduh memang jiwa kacau. Kenapa harus ada meeting time2 gini?

Duit Raya Saya Hangus!!!