Bonus

September 12, 2009

Pengumunan yang baik dari kerajaan. Staf kerajaan kumpulan sokongan dapat ‘bonus raya’.  Bonus ini diumum selepas pengumuman yang terhangat di pasaran; harga petrol naik.

Tapi kenapa kumpulan Pengurusan dan Profesional tak dapat??

Aduyaiii!!!

Dah la claim sudah 3 bulan tak masuk.

Kerajaan nak ‘tarbiah’ penjawat awam PnP rupanya. Nak raya jangan boros, bila dapat bonus golongan PnP ni boros. Nak beli itu, nak beli ini. Kalau ada urusan rasmi, guna lah kereta sendiri, tuang minyak bayar tol pun guna lah duit sendiri, anggaplah itu sebagai suatu kebajikan kepada kerajaan dan rakyat.

Masih ramai lagi rakyat yang perlu di’anak emas’kan. Banyak duit kena guna. Jadi ini adalah tarbiah untuk saya

9932_101064293243484_100000197412808_26447_3173447_s

Duit Raya 2

September 9, 2009

Hari ini 09 September 09 @ 09-09-09. Ntah apa yang istimewa pun saya tak tahu. Ramai yang terlalu obses terhadap angka. Ada yang kata ada ‘ong’ dan macam-macam lagi tafsiran individu.

Yang lebih obses, ada dikalangan kawan-kawan yang menghitung detik pukul 09 pagi 09 minit dan 09 saat pada hari ini. Kalau ada kawan-kawan boleh jelaskan pada saya apa istimewa angka ini boleh kongsi dengan saya.

Sehingga ada yang bercadang untuk duit raya tahun ini adalah RM 9!

Ntahlah saya pun tak faham.

Duit raya penuh kontroversi. Menjadi amalan masyarakat kita menyumbang duit raya. Ramai yang mempertikaikannya dan ramai yang menyokong.

Duit raya adalah sedekah. Amalan yang sepatutnya dilakukan pada bulan Ramadhan. Pahalanya berlipat kali ganda berbanding dibuat pada bulan Syawal.

Pemberi duit raya harus sedar hakikat itu. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Aku banyak duit!

Lebih ralat lagi bila pemberi duit raya tidak pernah bersedekah pada bulan Ramadhan. Lagi parah, zarat fitrah pun tidak dilakukan! Tetapi kuota untuk duit raya berguni-guni.

Bagi sesetengah orang jugak duit raya juga tak ubah sebagai ‘duit raya rasuah’. Na’uzubillah! Apa tak nnya, duit raya adalah modal untuk mendapat projek.

Kesannya juga terpalit pada kanak-kanak. Tiap2 kali raya, inilah sogokan yang paling baik. Mendidik kanak-kanak mencintai duit dan materialistik.

“Ayah, adik dapat RM10 kat rumah Pak Cik Ahmad, tapi dapat RM 1 je kat rumah Pak Usop!” Cakap si anak.

“Memang Pak Usop tu kedekut, taik idung masin!” Balas si Ayah.

Hemat saya, dalam mendidik kanak-kanak dalam konteks duit raya adalah tanggung jawab semua pihak. Pemberi, ayah ibu, abang, adik, sedara mara harus insaf dan sedar akan tanggungjawab ini.

“Duit ini adik simpan elok2 ya, apa yang penting? Kerjasama..eh tak, SYUKUR!” Seru si pemberi. Adalah lebih wajar.

Kesimpulannya, pandangan saya yang agak serius di atas agar kawan-kawan saya yang dah tua-tua bangka tak payah la duk mintak2 duit raya. Hampa semua dah dapat dah masa kecik dulu. Hahaaaa.

P/s: Ada orang tanya saya.

Yang bertanya : Bro, yang mana lebih baik RON97 ke RON95?

Saya : RONa RONi makaRONi !

Pertama Ramadhan dan Duit Raya

September 8, 2009

 

Dua tajuk dalam satu entri. Memang ini Ramadhan yang pertama saya di Kedah. 6 tahun merasai suasana ramadhan di selatan tanah air. Suatu pengalaman yang bermakna buat saya.

Jika dahulu, ramadhan adalah masa untuk berjimat. Kehidupan pelajar yang selalu tak cukup duit. Berbuka puasa di masjid.

Berpuasa tahun pertama di UTM amat seronok. Berada di Kolej Siswa Desa Skudai (skrg dah dijadikan tempat tinggal pekerja asing..huhu) memberi banyak kenangan.  Seronok berbuka bersama kawan-kawan.

Ramadhan lepas juga banyak kenangan. Kenangan bersama Eid, Rembes, Lan, Khalil selaku teman serumah. Berbuka bersama-sama dan ke masjid bersama-sama hampir setiap waktu.

 

Kali ini berpuasa di sini. Berseorangan. Sunyi. Sepi.

Alhamdulillah minggu lepas sempat juga menjemput adik-adik kelantan yang masih belajar di sekitar utara datang berbuka puasa di rumah. Datang bukan setakat untuk berbuka, namun kami sempat berusrah. Memang seronok adik2 ni dapat berbuka bersama. Yelah, dapat makan free kan. Biasalah student. Dengan sup tulang, ayam berempah yang dibakar, ikan bakar, kerang bakar, memang semuanya berselera.

 

Seminggu lebih lagi untuk pulang ke kampung. Baju raya masih belum siap. Minggu lepas sempat juga ke Pekan Rabu membeli kain pelikat untuk saya dan ayah. Hari raya kami ringkas sahaja. Baju Melayu + Kain pelikat. Tidak pernah saya solat hari raya dengan sepasang baju melayu lengkap. Tahun lepas pun saya hanya membeli kain pelikat baru sahaja, baju melayu lama. Kasut/selipar tak payah tanya, memang tak ada yang baru. Saya lebih selesa begitu.

 

Duit raya dah ditukar, cuma beli sampul sahaja. Tahun lepas saya bagi duit raya walaupun masih status ‘student’. Walaupun bulan ni sudah agak banyak saya berhabisan, yelah deposit rumah baru, beli peti sejuk, buat major servis kat persona tu, bil astro (adoyai bil astro dah naik!), bil broadband dan macam2 lagi, namun kuota untuk duit raya tetap ada.

Walaupun baru ada sorang anak sedara, tapi spupu yang masih kanak-kanak ribena ramai. Tak sabar nak pulang ke kampung. Tapi kadang-kadang takut juga. Terlalu banyak soalan maut buat saya. “Bila nak buat majlis?”

Aduh memang menyesakkan. Semua orang tanya benda tu. Tensen betul. Umor saya masih muda, nak kejar dunia dulu..hahaha

Aku dan Muzik

Ogos 14, 2009

Tin-tin susu di dapur dicari. Dikumpul untuk dijadikan alat muzik. Dek kerana minat, saya mengikuti abang hadir untuk latihan genderang sekolah. Cuma pemerhati.

Latihan dibuat hujung minggu dengan bimbingan cikgu Ismail Daud. Ketika itu masih di darjah 3, manakala rata-rata ahli pasukan genderang darjah 5.

Suatu hari pemain gendang tidak dapat hadir. Supaya latihan tidak terhenti, saya menggantikan tempatnya. Sekadar pengganti. Namun, pemain asal gendang menarik diri dari menyertai kumpulan. Secara tidak langsung saya menggantikan tempatnya secara rasmi.

Latihan untuk pertandingan di peringkat daerah Bachok tahun 1993.

genderang

Tidak dapat gelaran johan, sekadar kedua.

Hari sukan sekolah, pasukan kami perlu menyertai perbarisan semasa acara perasmian. Walaupun asalnya pemain gendang, namun disebabkan ‘saiz’ badan yang tidak besar (bukan kecil..haha) saya diberi alat muzik  lain yang lebih ringan.

genderang2

Di sekolah menengah, saya lebih terdedah dengan muzik Islam. Alunan muzik yang dipasang hanpir setiap hari selepas waktu asar menjadi santapan kami warga asrama. Jika di hujung minggu, usai sahaja solat dhuha secara berjemaah di surau, asrama akan memasang lagu-lagu nasyid. Lagu-lagu dari kumpulan Nada Murni, The Zikr, Raihan, Rabbani, Hijjaz dan banyak lagi.

badar

Minat kepada irama nasyid bermula. Pernah saya berlari masuk kampung ke rumah sepupu saya untuk mendapatkan kaset nasyid kumpulan The Zikr.

Al-Fatihah buat pejuang dakwah Ustaz Asri yang telah kembali ke rahmatullah. Belasungkawa buat beliau.

AL-FATIHAH

Image017

Tuhan Sedang Berbicara

Ogos 12, 2009

Masa Dulu-Dulu


Guru Penolong Kanan memanggil kami seramai kurang 20 orang ke bilik sumber sekolah.

“UPSR tahun ni kamu semua kena dapat 4A, sekolah target ramai tahun ni”

Tahun 1996, memang saya calon sekolah untuk mendapat 4A dalam UPSR.

Hari pengumuman keputusan. Hari itu gerimis, kadang-kadang lebat. Saya dah dapat keputusan. Ayah datang mengambil saya di sekolah.

“Berapo?” Tanya ayah.

“3” Balas saya.

“Alhamdulillah ok doh tu” Ayah menyambung sambil membawa saya pulang dengan proton saga birunya.

Saya mengisi borang permohonan untuk kemasukan tingkatan 1 ke SMKA dan Sekolah Agama Negeri bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Memang harapan saya untuk ke SMKA kerana mahu mengikut jejak abang yang telah 2 tahun di SMKA Falahiah.

Falahiah tak dapat. Tetapi saya diterima untuk memasuki Sof Al-Awwal di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu. Oleh kerana kekurangan asrama, jadi saya terpaksa berulang alik ke sekolah. Oleh kerana rumah saya yang jauh dengan sekolah, dan perlu menaiki 2 buah bas, ayah menumpangkan saya di rumah kakaknya. Selama 2 minggu berulang alik ke sekolah. Suatu hari ayah datang dengan ma berjumpa saya di rumah mak saudara.

“Se buleh falahiah, tapi duk maahad la deh” Ayah bersuara

“Takpo belako” Jawab saya.

Ayah dan ma pulang. Tapi esoknya ayah datang lagi. Kali ini berseorangan tanpa ma.

“Mai balik rumah, lusa kita gi daftar sekoloh falahiah” Kata ayah.

Memang hati ni gembira tak terkata. Memang kemahuan saya untuk ke sana, tapi bila ayah minta saya tetap di sekolah maahad, saya patuh.

Rupanya bila ayah dan ma pulang ketika berjumpa saya semalam, mereka kesian tengok muka saya, muka ceria bila tahu dapat ke falahiah tetapi nampak sedih bila ayah minta saya stay di maahad. Memang orang tua dapat membaca air muka kita.


Laluan Yang Agak Tidak Sukar

Mengingati detik-detik awal saya mengenal dunia luar. Dunia mengenal berdikari.

Memang laluan saya tidak sukar dari form 1 – 3. Sehinggalah ke SPM. Dengan keputusan SPM yang ada, saya nekad untuk tidak memasuki matrikulasi tetapi menunggu keputusan kemasukan universiti untuk tahun 1 sarjana muda. Alhamdulillah, saya diterima. Tahun 1 Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

Grad on time, berkonvokesyen bersama-sama rakan sekuliah.

Oleh kerana ‘malas’ nak minta kerja, saya menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Kali ini dalam bidang penyelidikan.

Setahun bersesak dengan membaca jurnal-jurnal, dan macam-macam lagi, saya dipanggil bekerja dengan kerajaan. Sebagai pemegang biasiswa persekutuan sememangnya saya terikat dengan perjanjian perkhidmatan.


Full Time – Part Time

Dari pelajar sepenuh masa ke pelajar separuh masa. Bekerja di Kedah. Saya tidak yakin untuk melalui situasi ini.

Perlu berulang alik Jitra-UTM semata-mata kerana nilainya sehelai ‘sijil’. Jika nak diikutkan fikir saya yang mudah, ambil je lah master di UUM. Dekat dengan tempat kerja. Duit pun tak banyak habis untuk ulang alik. Masakan tidak, duit perjalanan kereta pun mencecah RM500.

Sejak bekerja, elaun pelajar master saya dihentikan. Yuran dibayar guna kantong sendiri. Memang membebankan.

Alah sikit saje lagi

Kata-kata keramat dari semua orang yang ‘cuba’ memotivasikan saya.

“Iye lah Rul, orang lain senang je kata, tapi seksanya ko tengah rasa” Kata-kata staf di lab

Mungkin sedikit perkongsian tentang master saya. Kajian saya tentang hayat mata alat semasa proses mengisar. Normalnya, mata alat akan haus@pecah dalam tempoh 2-3 minit. Namun bila saya menggunakan kaedah Minimum Quantity Lubricant, hayat mata alat boleh mencecah 1 jam. Saya punyai 24 mata alat untuk ‘dipecah’kan. Secara praktikalnya memang kaedah saya ini bagus dan boleh dikatakan untuk mata alat. Tetapi rumit untuk saya! Saya perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan eksperimen saya! Mata alat susah nak pecah, padahal matlamat saya untuk memecahkannya. Lagi cepat pecah lagi senang kerja saya.

Saya memuhasabah diri.

Sepanjang waktu dari dulu Allah mempermudahkan urusan saya. Tapi kali ini saya diuji. Teringan novel ayat-ayat cinta ketika si Fahri dipenjara dek tuduhan memperkosa Nora. Ketika Fahri mengenang nasibnya, datang seorang Profesor seolah-olah memberi tamparan yang hebat kepada si hero ini.

” Allah sedang berbicara dengan kamu…sabar dan ikhlas”

Namun Fahri masih lagi bingung kenapa dia diuji sebegitu rupa.

“Allah sedang berbicara dengan kamu, Allah mengingatkan kamu jangan sombong, ingat siapa diri kamu!”

Mungkin watak Fahri yang menganggap dirinya ‘sempurna’. Apabila sempurna kenapa patut diuji.

Muhasabah

Saya tidak pernah gagal dalam ujian. Seluruh kehidupan saya dilalui semacam on-track. Saya jadi alpa. Allah sedang menguji saya. Siapalah saya untuk tidak diuji.

Mohd Azrul Hisyam Mat Zin

Makmal Pengeluaran FKM UTM

09.11 p.m

12 Ogos 2009

Ujian Darah

Julai 31, 2009

Petang semalam saya ke Hospital Jitra. Ramai sungguh yang sedang menunggu giliran untuk menerima rawatan. Kalau nk tunggu mahu makan masa beberapa jam ni.

Saya beredar dan ke klinik di pekan jitra, situasi sama jugak!

Sejak penularan H1N1 ni, hospital dan klinik makin sesak.

Saya pun mendaftar di kaunter, sambil menunggu giliran, saya terima panggilan. Terpaksa pulang ke opis. Saya meninggalkan klinik tanpa menerima rawatan.

Tujuan ke klinik untuk membuat ujian darah.

Lepas je Maghrib, saya terus ke klinik tadi, masih ramai lagi yang sedang menunggu.
Mungkin nasib saya, bila saya cakap saya dah daftar petang tadi sekejap saja saya di panggil. Melangkah masuk ke bilik doktor.

Doktor wanita dalam lingkungan 30-an

“Kamu nk buat ujian hepitatis B?” Soal doktor
“Ya” Jawab saya ringkas

“Jap ya, saya nk cek berapa kos ujian ni”
“RM 25” Sambung doktor tadi

” Ok kamu genggam tangan, saya nak ambik darah” arah doktor

saya mengikut arahan dia. maka terpancut keluarlah darah ke dalam sampel botol.

“ok tiga hari lagi boleh ambil keputusan ujian darah awak” terang doktor

“ok”

“Kamu dah kahwin?” tanya doktor

“belum” saya jawab ringkas

“tak nak buat ujian HIV ke?”

“kalau doktor nk kahwin ngan saya, nnt saya cek” balas saya

“Jangan tunggu lama-lama”

Ceh doktor sindir saya…tak sabar 3 hari lagi nk pegi klinik ambil keputusan ujian…xpun xsabar jumpa doktor..ngeh ngeh

Selsema

Julai 29, 2009

Saya kena selsema ketika dalam perjalanan ke IKBN Bukit Mertajam atas urusan melaksanakan audit aset jabatan di sana. Dua hari buat audit cukup memenatkan. Bila buat audit, selsema hilang tapi bila balik ke rumah tamu untuk berehat, selsema datang lagi.

Selesai laksana audit, balik ke Jitra. Selsema masih ada, berhujung minggu yang amat menyesakkan. Bila di rumah, kena selsema, namun bila masuk opis selsema agak berkurangan. Begitulah tiap2 hari sepanjang minggu ni. Mungkin bila di opis dengan kerja yang banyak, bergerak sana sini, badan kita aktif, jadi selsema berkurangan.

Alhamdulillah hari ini, selsema dah agak baik. Batuk pun berkurangan. Walaupun tak pernah mengambil apa-apa ubat demam atau selsema. Saya cuba elak dari mengambil ubat sebenarnya.

Risau juga terkena selsema babi.

InsyaAllah 4hb Ogos saya akan ke KLIA untuk mengambil adik saya yang akan pulang dari mesir. Dia dah pesan awal-awal:

“Se paka mask deh nati gi KLIA, kak ngah pun paka masa dlm flight tu”

Ada juga artikel yang menyatakan virus ini sudah berada dalam berjuta-juta tubuh manusia, cuma mungkin belum ada simpton2 individu terkena virus ini.

Sebab itu dalam Islam, orang paling bijak adalah orang yang ingatkan mati.

Kalau bukan sebab H1N1 pun, mungkin sebab lain.

Cuma manusia ini leka menjaga kesihatan diri sendiri, termasuklah saya.

Sewaktu balik menziarahi ayah di kampung, ayah ada pesan yang doktor minta kami buat pemeriksaan darah. Sebab mungkin dijangkiti Hepitatis B.  Cuma saya belum buat pemeriksaan lagi =(

InsyaAllah dalam minggu ni akan buat pemeriksaan. Yeke??

 

Kepada semua, sila jaga kesihatan masing-masing. Ingat pesanan dari kementerian kesihatan.

Lan Suruh Aku Update Blog

Julai 20, 2009

Haha…

Aku xdan update..

Tapi ada sikit kenangan masa gi pulau redang

Boleh tahan la tempat ni..

 

6480_100850453259959_100000050134862_23501_2697975_n

 

IMG_1315

 

6480_100850506593287_100000050134862_23516_7423759_n

 

6480_100850496593288_100000050134862_23513_2348355_n

 

Nak tau best dok..gi sdiri

 

Destinasi Bajet 2009

Tarik Tali

Jun 19, 2009

 

tarik tali

Gambar: Kumpulan ini kalah sebenarnya!

 

Memang lenguh badan. Tapi ini permainan lelaki. Yang penting kumpulan kami menang acara tarik tali dan bola bayang!

Yang kuat tak semestinya menang, taktikal mengatasi segalanya.

Dalam hidup pun selalu duk main tarik tali, main tarik tali dengan semua orang. Dengan sahabat mahupun keluarga sendiri pun main tarik tali.

Untuk adik perempuan (kak ngoh) yang berada di Alexanderia University, Mesir: Kak Ngoh kena balik jugak raya tahun ni, ayah x berapa sihat.

SENI

Jun 16, 2009

 

” En. Azrul kat mana?” Satu sms masuk

” Saya kat kampung” Balas saya ringkas

 

“Hari Ahad ada mesyuarat ketua bahagian” satu lagi sms dari staf saya

“Iya ke, Isnin baru saya masuk opis, sebab tiket ke Kedah dah habis” balas saya

 

Inilah seni untuk ponteng meeting!

 

SAIKUL